Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis
menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun
yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam
dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang
melarikan ...diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut
baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah
ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan
keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para
pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu
di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di
ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa
sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan
autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof.
Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah
kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920.
Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai
kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat
mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak
misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata,
hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam
yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar
bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya
segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia
supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana
jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad
yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu
beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan
tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya;
Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu,
Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix
Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise
dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine,
Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan
tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari
ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr.
Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar
sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang
mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana
perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru
sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di
tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil
mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya,
Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan
kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun
lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun
yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi)
mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah
berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu
beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan
Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi
tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam
Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab
itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang
berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat
menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya
kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila
mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu
dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan
seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah
seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah
tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka
pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus:
92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille
benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu
kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta
dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu
dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan,
beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya
aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya
beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia
dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun
1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures
Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku
ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice
Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan
fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains
dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana
dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi
tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi
yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar